Thursday, February 17, 2011

IUI vs IVF vs ICSI

Tahukah anda?


IUI, IVF dan ICSI adalah antara prosedur yg dilakukan dlm rawatan utk kes2 ketidaksuburan @ infertility....




IUI- bermaksud 'IntraUterine Insemination' atau dlm bahasa pasar nye dipanggil permanian beradas...ia merujuk kepada prosedur di mana air mani diproses dan dimasukkan ke dalam rahim melalui pintu rahim semasa ovulasi berlaku...kebiasannya wanita pon diberi ubat2 kesuburan supaya dpt hasilkn lebih dr 1 telur utk peluang persenyawaan yg lebih tinggi...kadar kejayaan lebih kurang 7-8% sahaja....




IVF- lebih dikenali sbg 'bayi tabung uji', IVF bermaksud 'In Vitro Fertilization'.....ia merupakan satu kaedah yg kompleks di mana persenyawaan antara telur dan sperma dibuat di luar rahim dan kemudiannya dimasukkan kedalam rahim....biasanye wanita akan diberikan ubat jugak supaya dpt keluarkan telur dgn byk...lepas tu telur akan dikutip dari ovari (kilang telur), seterusnya diletakkan dlm piring makmal utk disenyawakan. Telur yg disenyawakan di letakkan dalam inkubator bbrp hari...yg kemudiannya diambil dn dimasukkan semula ke dlm rahim.....kadar kehamilan lebih tinggi berbanding kaedah IUI.





ICSI- atau 'IntraCytoplasmic Sperm Injection' adalah prosedur di mana 1 sperma disuntik terus ke dlm telur utk mensenyawakannya....kaedah ini sesuai bg mereka yg mpunyai sperma yg sgt kurang....atau kalau xde sperma langsung, sedikit tisu bole diambil dr testis...ICSI melibatkn kos yg tinggi tp kdr kehamilan adalah lbh tinggi jika IVF dibuat bersama2 ICSI.....




soalan? bole email ke qurare@yahoo.com :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...